Merindui orang yang sudah tiada sememangnya bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika insan tersebut merupakan antara yang paling rapat dengan kita.
Oleh itu, tidak salah untuk kita terus mengingatinya dengan ca tersendiri asalkan tidak meratap ataupun menyalahkan takdir diatas pemergiannya.
Pakai baju arwah adik
Oleh itu, seorang pemuda dikenali sebagai @teheuiss telah memuat naik video menjawab soalan sesetengah pihak mengapa dia kerap memakai baju yang sama apabila menunaikan solat Jumaat sebelum ini.
Menurut pemuda berusia 20 tahun tersebut, sebenarnya baju Melayu berkenaan adalah baju terakhir arwah adiknya ketika hari raya sebelum meninggal dunia kerana kanser sekitar tahun 2019.
Adik ‘pergi’ pada tahun 2019 kerana kanser
Jadi, pemakaian baju tersebut sebagai salah satu cara dia menyatakan rasa rindu terhadap adiknya iaitu Allahyarham Mohamad Haiqal Najmi bin Muhamad Zura.
berikut adalah satu video di TikTok ini pernah tular apabila memuat naik video kebersamaannya dengan adik lelakinya sebelum remaja itu meninggal dunia setelah berjuangan melawan kanser.
Memang perit hilang orang tersayang
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh @teheuiss itu, ramai yang meninggalkan komen dengan mengucapkan takziah kepada pemuda tersebut.
Mereka juga sempat mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan rohnya terus dicucuri rahmat.
sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah.
إرسال تعليق