tular di socmed mengenai tindakan seorang lelaki yang memuat naik berkongsi video berhubung cara bagi mendapatkan tempat meletak kereta yang penuh di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur mengundang kecaman warganet di media sosial.
Seorang pengguna laman Twitter, @pedoqpop yang memuat naik semula video tersebut dari aplikasi TikTok telah memaparkan lelaki tersebut meluahkan perasaan apabila sukar bagi mendapatkan ‘parking’ akibat ramai pengunjung.
Namun begitu, dia mengikut cadangan rakannya dimana salah seorang daripada mereka telah berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) sekali gus berjaya meletakkan kenderaan di petak khas.
Aku ada kat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Pastu Ajim cakap kalau nak parking, kena buat satu cara. Betul-betul dapat parking.
“Tapi cara dia pelik sikit la, kau tengok ni. Betul-betul dia jadi cacat. Ni kalau kantoi dengan pengawal keselamatan, memang mati. Tapi kau tengok kereta hitam aku tu, dapat parking! Terima kasih Ajim,” katanya.
Video berdurasi 38 saat tersebut memaparkan rakannya itu terpaksa berlakon menjadi OKU di tempat ‘parking’ sebelum memasuki ke dalam pusat beli belah berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, posting diulang kicau sebanyak 243 kali itu menerima pelbagai reaksi netizen menyifatkan tindakan lelaki berkenaan mengambil kesempatan ke atas golongan OKU.
Menurut warganet, kemudahan disediakan telah ‘dicaras’ oleh individu tidak bertanggungjawab apatah lagi tempat meletak kereta bagi golongan istimewa adalah terhad di tempat awam.
Berdasarkan satu lagi video dikongsi oleh salah seorang daripada mereka, difahamkan rakannya itu bukanlah golongan OKU meskipun ramai yang mengatakan aksi tersebut dilihat seperti ‘real’.
credit : oh my media
Đăng nhận xét