ubah suai moto mungkin merupakan satu hobi bagi mereka malah ada dikalangan mengubah suai untuk kepuasan diri tetapi telah tulah mengenai kesalahan mengubasuai ekzos motor.
Kuala Lumpur: Mana-mana kenderaan yang didapati mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dikenakan penjara sehingga enam bulan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan.
"Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kender4an Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada motor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.
"Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang didapati membuat pengubahsuaian sedemikiania dianggap sebagai satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan," katanya dalam kenyataan,
Selain itu, Azisman berkata, mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, pihak polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan daripada kesalahan tersebut berulang.
Katanya, polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemiliknya mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesal4han berkenaan tidak be3rlaku lagi.
"Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend semasa golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal dan juga mencantikkan fizikal motosikal tersebut.
"Pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya.
Justeru, beliau juga turut mengingatkan agar semua pem1lik kenderaan bukan sahaja pemilik motosikal tetapi juga pemilik kenderaan bermotor yang lain agar turut mematuhi undang-undang dan peraturan jal4n raya yang m3mbabitkan pengubahsuaian.
"Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.
sumber:
hmetro
إرسال تعليق