Dugaan Besar Buat seorang calon SPM apabila Van Jenazah tiba membawa jasad bapanya



kisah sedih yang dialami oleh Muhammad Haikal Iskandar, 18 yang merupakan seorang pelajar SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak apabila diuji dengan permergian ayahnya sebelum berlangsungnya peperiksaan sejarah kertas 2.

KUALA KANGSAR: Suasana sayu menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru apabila sebuah van jenazah yang membawa jasad bapa kepada seorang calon (SPM) memasuki perkarangan sekolah itu,semalam.

Guru bimbingan dan kaunseling sekolah berkenaan, Badariah Mohd Mohaidin sempat merakamkan detik sedih pelajar berkenaan, Muhammad Haikal Iskandar Zamry, 18, untuk diberi kesempatan menatap wajah jenazah bapanya buat kali terakhir yang turut tular di media sosial.

Badariah berkata, jenazah bapa Muhammad Haikal Iskandar telah dibawa ke sekolah atas cadangan ibunya memandangkan peperiksaan kertas mata pelajaran Sejarah yang dihadapi tidak memungkinkan pelajar terbabit menatap jenazah bapanya itu.

Katanya, bapa pelajar itu pada mulanya koma ketika dirawat di Hospital Taiping s3jak kelmarin, akibat komplikasi buah pinggang, hati selain jangkitan kuman dalam d4rah. namun pelajar berkenaan tidak berpeluang menziarahi arwah oleh kerana prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19.

"Arwah meninggal dunia sem4lam namun baru hari ini jenazah dibenarkan dibawa keluar dari hospital untuk dikebumikan. walau bagaimanapun Haikal  tetap ingin menduduki kertas peperiksaan hari ini walaupun ayahnya sudah tiada.

"Ketibaan van jenazah ke sekolah sememangnya untuk beri peluang terakhir kepada Haikal untuk men4tap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir memandangkan peperiksaan yang didudukinya sehingga petang.

turut dikatakan"Jika Haikal dibawa menghadiri pengebumian arwah ayahnya, mem4ng tidak sempat dan akan terlewat 20 minit berbanding c4lon lain bagi menduduki kertas Sejarah 2," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, sebelum ketibaan van jenazah itu, Haikal ditenangkan oleh guru yang melihat dia menangis tidak berhenti pada waktu rehat selain menyediakan bilik khas untuk dia menenangkan diri dan melepaskan emosinya yang tidak begitu stabil.

Beliau berkata, Haikal yang m3ngikuti aliran Sains Kemanusiaan merupakan anak sulung dari tiga beradik dengan latar belakang keluarganya adalah dari keluarga yang kur4ng berkem4mpuan.

sama-sama kita mendoakan agar adik Muhammad Haikal Iskandar tabah menghaapi dugaan yang berat baginya serta berjaya menghrungi detik-detik ini sehingga tamatnya ujian SPM. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman.


sumber:

astroawani


Post a Comment

To be published, comments must be reviewed by the administrator *

أحدث أقدم
Post ADS 1
Post ADS 1