SEORANG warga emas yang berusi4 62 tahun telah direman selama tiga hari selepas ianya bertindak mencabar pihak pol1s.
Perbuatan itu dilakukan ketika pihak polis sedang membuat rondaan s3belum mendapati suspek yang berada di sebuah premis makanan dan berkumpul duduk dalam keadaan melebihi dua individu bagi satu mej4.
Sebahagian daripada mereka telah berjaya melarikan diri namun suspek telah mendekati pasukan polis yang meronda dan membuat ugutan bunuh.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengatakan, suspek juga didapati berkelakuan agresif.
“Suspek telah menendang salah seorang anggota polis dan enggan memberi kerjasama sewaktu tangkapan.
“Suspek juga telah mengeluarkan kata-kata kesat sebaik sahaja tiba di balai polis,” katanya dalam satu kenyata4n pada hari ini.
Hasil pemeriksaan bagaimanapun tidak menemui sebarang rekod jenayah terhadap suspek.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta mengh4lang tugas penjawat awam.
Tidak cukup dengan itu, siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh ketika berada di b4lai p0lis.
Malah, suspek juga berdepan kompaun RM1,000 yang akan dikenakan berikutan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) yang jelas lagi bersuluh kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika berada di premis makanan.
sumber:
TheNewsMalaysia
Sudah beberapa kali diberikan nasihat kepada semua rakyat Malaysia agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan. jika tidak mampu untuk mematuhinya baik duduk di rumah. tolong jangan kerana kita seorang habis semua kena, kata netizen. kini viral pula bila polis tegur mula nak melawan.
إرسال تعليق