KUALA LUMPUR: pihak Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki telah memandu kereta jenis Perodua Myvi secara melulu dan laju hingga merempuh dua buah kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang petang semalam.
mangsa kemalangan iaitu seorang pemandu van parah selepas kenderaannya dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi petang semalam.
Dalam kejadian pada jam 2 petang di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang, kenderaan mangsa dirempuh dari belakang menyebabkan van dipandunya terbalik. dalam pada itu, Turut dirempuh sebuah kereta Proton Waja yang berada di kanan van tersebut.
manakala Seorang penunggang motosikal pula nyaris menjadi mangsa apabila berada beberapa meter di belakang van tersebut
Ketu4 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata pemandu Myvi berusia 26 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri tetapi ditahan orang awam yang kemudian menyerahkan kepada polis, lapor Berita Harian.
“Lelaki pemandu Myvi itu telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan susulan. Polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah.
“Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Azman.
Pemandu van yang parah berkenaan kini telah ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan.
“Setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Rakaman kejadian yang dirakan oleh dash cam itu tular di media sosial sejak semalam.
pesanan bagi masyarakat di luar sana, berhati-hatilah ketika memandu dan ingatkan kerana dadah boleh merosakkan diri dan memudaratkan orang awam. bak kata netizen berdasarkan kejadian tersebut. nak mati dengan dadah itu pilihan tapi jangan menyusahkan pihak lain sehingga berlakunya banyak kejadian yang tidak diingini. ingatlah, dadah musush negara.
Sumber:
awani
the news Malaysia
إرسال تعليق