Urusan dalam bercerai ini bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mudah dan bukanlah satu permainan. Namun, melihat dari kehidupan rumah tangga sesetengah pasangan muda ketika ini, ianya seakan satu perkara mudah dan diambil ringan.
viral apabila satu video yang dimuatnaik menyaksikan satu pasangan yang baru sahaja bercerai kelihatan bahagia apabila menari dihadapan pejabat agama.
Katanya lepas cerai talak dua
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @noralunia apabila dia dengan senang hati menari bersama bekas suami mengikut rentak lagu di aplikasi TikTok selepas sah bercerai.
Pengguna TikTok itu menari bersama bekas suami di hadapan Kompleks Pentadbiran Agama Islam Islam teluk Intan dengan meninggalkan kapyen di memaklumkan baru sahaja bergelar janda.
“Officially i JANDA pada hari ini dengan talak loro talak loro (talak dua) . Terima kasih ex banyak jaga saya sebelum ni . semoga jumpa jodoh yang lebih baik,” tulisnya.
Tengok ulang2 sebab tak percayai lepas cerai joget2
Perkongsian wanita itu telahpun mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya pelik dengan tindakan pasangan terbabit yang menari di hadapan pejabat agama.
Aga juga yang tidak mempercayai bahawa pasangan tersebut telah bercerai oleh kerana terlihat gembira sahaja seakan tidak ada perkara serius berlaku.
Namun, apa yang membuatkan netizen berasa kurang enak melihatnya adalah pernceraian yang berlaku seakan satu permainan buat mereka kerana sempat berjoget TikTok selepas meruntuhkan masjid yang pernah dibina sebelum ini.
cerdit : ohmymedia
إرسال تعليق